Barbeku atau BBQ merujuk
kepada kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan
asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana.
Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau
sos simbahan. Istilah "barbeku" boleh digunakan dalam beberapa cara:
Sebagai kata nama,
istilah ini boleh merujuk kepada alat memasak pada dirinya, atau kepada parti
atau majlis yang merangkumi makanan tersebut. Sebagai adjektif, ia boleh
merujuk kepada makanan yang dimasak menerusi kaedah ini.
- 80 gm sotong
- 4 gm rempah paprika
- 2 gm serbuk cili
- 2 gm aromat
- 2 gm garam
- 2 gm lada sulah
- 2 gm jus limau nipis
- 2 gm sos tiram Bahan dikisar:
- 4 gm kunyit hidup
- 4 gm bawang putih
- 4 gm bawang merah
PROSES PENYEDIAAN
- Tarik kepala sotong dan bersihkan bahagian dalamnya. Tus air sotong.
- Perap sotong bersama bahan-bahan lain selama sepuluh minit. Panggang mengikut citarasa anda dan hidangkan dengan sos.
No comments:
Post a Comment