Belut
(Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang
tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan
400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa
Belut tinggal di
dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan
air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m
bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
RESEPI BELUT MASAK HALIA
BAHAN BAHAN
400 gram belut yang telah dibersihkan - Potong
1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
1 cm halia – hiris halus
1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris
1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
½ cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis
PROSES MASAK
Gaul belut dengan garam dan kunyit hingga mesra. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan belut dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment