Sunday, December 03, 2017

RESEPI BENDI GORENG KICAP

SAYUR BENDI
Bendi, kacang lendir atau kacang bendir merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun.

Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.

RESEPI BENDI GORENG KICAP
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
10 batang bendi - bersih dan toskan - potong serong
2 biji cili besar merah - potong serong
1/2 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 genggam ikan bilis - bersih dan toskan
2-3 sb kicap masin
Garam
Minyak

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.

Goreng hingga kekuningan. Masukkan pula cili besar. Masukkan bendi dan sedikit garam. Masak dgn api besar.


Masukkan kicap kacau sebati. Angkat bila bendi sudah berubah warna.

No comments:

Post a Comment