Sunday, December 03, 2017

RESEPI KACANG & TEMPE GORENG BELACAN

TEMPE
Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

RESEPI KACANG & TEMPE GORENG BELACAN
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
1 keping tempe (sya guna tempe yg dbgks dgn plastik) - potong kecil
5 batang kacang panjang - potong 1"
1 biji bawang besar - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
2 biji cili hijau/merah - dihiris
1 genggam ikan bilis - bersih dan toskan
Belacan - sebesar ibu jari
4 sb minyak masak
Garam

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Goreng tempe hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis. Kacau seketika.

Masukkan pula cilli, belacan dan kacang panjang. Perasakan dgn garam.


Akhir sekali masukkan tempe yg telah digoreng.  Kacau sebati sebelum diangkat.

No comments:

Post a Comment