BUBUR
Bubur nasi adalah
sejenis bubur yang popular di kebanyakan negara Asia. Apabila dimakan sebagai
bubur nasi biasa, ia paling sering dihidangkan dengan hidangan sampingan atau
lauk. Apabila bahan-bahan tambahan, seperti daging, ikan, dan perasa, ditambah
semasa penyediaan bubur nasi, ia adalah yang paling sering disaji sebagai
makanan tersendiri, terutama bagi orang yang sakit. Nama-nama untuk bubur nasi
adalah pelbagai mengikut gaya penyediaannya. Walaupun banyak variasi, ia
biasanya merujuk bubur nasi yang pekat selepas sebahagian besarnya hancur
akibat dimasak lama di dalam air.
RESEPI BUBUR AYAM
BAHAN BAHAN
300 gm beras,
dicuci bersih
2 sm halia, dititik
3 batang serai,
dititik
½ ekor ayam Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit daun bawang
dan daun sup
PROSES PENYEDIAAN
Beras, halia, ayam,
serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata.
Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan
semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat.
Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup.
No comments:
Post a Comment