Tuesday, December 26, 2017

RESEPI BUBUR DAGING

BUBUR
Bubur nasi adalah sejenis bubur yang popular di kebanyakan negara Asia. Apabila dimakan sebagai bubur nasi biasa, ia paling sering dihidangkan dengan hidangan sampingan atau lauk. Apabila bahan-bahan tambahan, seperti daging, ikan, dan perasa, ditambah semasa penyediaan bubur nasi, ia adalah yang paling sering disaji sebagai makanan tersendiri, terutama bagi orang yang sakit. Nama-nama untuk bubur nasi adalah pelbagai mengikut gaya penyediaannya. Walaupun banyak variasi, ia biasanya merujuk bubur nasi yang pekat selepas sebahagian besarnya hancur akibat dimasak lama di dalam air.

RESEPI BUBUR DAGING

BAHAN BAHAN
Segenggam beras
2 pokok sawi pak choy ( dipotong)
sebiji karot(dipotong)
satu kiub ayam knorr
daging hancur(daging kisar jenama ramly)
air untuk merebus

PROSES PENYEDIAAN
basuh beras, sawi, karot dan daging sehingga bersih ( toskan)

Masukkan beras dan daging hancur kedalam periuk nasi elektrik dan masukkan air sehingga 3/4 dari periuk td. Kemudian masak sehingga beras kembang dan masukkan kiub ayam.


Akhir sekali, bila bahan2 yg dimasak tadi kelihatan agak pekat, masukkan karot dan sawi.  Hidangkan semasa masih panas.

No comments:

Post a Comment