Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis
karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air
payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi
kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma)
dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan
lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung
Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi
berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa
menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang
cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak
perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati
di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat
kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
RESEPI IKAN HARUAN
MASAK SAMBAL
500 ikan haruan potong dan bersihkan
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK CILI KISAR:
15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
1 inci halia
1 biji bawang besar
PROSES MASAK
Gaulkan ikan haruan dengan kunyit dan garam Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Jika ada lebihan minyak tuangkan di dalam bekas. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya. Masukkan pula ikan haruan tadi yang telah digoreng dan juga bawang besar. Gaulkan seketika sehingga ikan haruan masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment