Thursday, December 21, 2017

RESEPI IKAN HARUAN MASAK SAMBAL

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.


RESEPI IKAN HARUAN MASAK SAMBAL
BAHAN BAHAN
500 ikan haruan potong  dan bersihkan
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK CILI KISAR:
15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
1 inci halia
1 biji bawang besar

PROSES MASAK
Gaulkan ikan haruan dengan kunyit dan garam Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.

Jika ada lebihan minyak tuangkan di dalam bekas. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.

Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya. Masukkan pula ikan haruan tadi  yang telah digoreng dan juga bawang besar. Gaulkan seketika sehingga ikan haruan masak sepenuhnya.

Akhir sekali tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment