Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN PUYU MASAK ASAM

IKAN PUYU
Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.

Spesies ini hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil).

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.

Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani. Di tempat yang tidak terdapat ikan puyu secara semula jadi, spesies ini dianggap Spesies ceroboh.

RESEPI IKAN PUYU MASAK ASAM

BAHAN BAHAN
300gm ikan puyuh dibersihkan/siangkan/toskan
3 ulas bawang merah yang dihiris kasar
3 ulas bawang putih yang dihiris kasar
1 biji bawang besar dihiris kasar
5 biji cili merah yang dihiris kasar
5 Biji cili Merah
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.

PROSES MASAK
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan puyu dan air asam jawa sehingga naik bau.

Kemudian masukkan air asam jawa dan lepas tu masukkan ikan puyu yang telah digoreng tadi.. Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment