IKAN PUYU
Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan
nama di negeri Sabah) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan
spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai
kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan
spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada
musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari
lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah.
Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan
lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8
inci.
Spesies ini hidup secara berkumpulan
dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan
ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa
mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil).
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat
Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh
orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur.
Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam
rumah untuk tujuan itu.
Ikan puyu juga dijual sebagai makanan
di pasar-pasar tani. Di tempat yang tidak terdapat ikan puyu secara semula
jadi, spesies ini dianggap Spesies ceroboh.
RESEPI IKAN PUYU MASAK LEMAK
BAHAN BAHAN
300gm ikan puyu - siang bersihkan dan toskan
20 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
sedikit asam keping/ air asam jawa
100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh)
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai
Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga ikan puyu. Jangan lupa masukkan asam keping.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga ikan masak boleh lah tutup kan api.
No comments:
Post a Comment