Tuesday, December 05, 2017

RESEPI IKAN SIAKAP KICAP SAYUR CAMPUR

KICAP
Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu. Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.

RESEPI IKAN SIAKAP KICAP SAYUR CAMPUR
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
6 potong besar isi ikan Siakap digaram kunyit dan digoreng lembab
10 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia muda dikisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tomato
1 mangkuk kecil hirisan bunga kobis
1 batang lobak merah dipotong ikut suka
5 batang jagung muda dipotong ikut suka
kicap masin dan gula secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan dengan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan sos tomato. Kacau sebati.

Masukkan secubit gula, kacau lagi. Bila sudah sebati masukkan ikan dan syur-sayuran yang dipotong dan tambahkan sedikit air. Tutup kuali sekejap, gaul sebati dan matikan api. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment