IKAN TENGGIRI
Di Malaysia ikan tenggiri merupakan
salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di
pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib
ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan
hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di
perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di
perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.
sebenarnya terdapat pelbagai spesis
dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar
dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah
dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri
ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan
bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South
China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan
sebagai sumber makanannya.
BAHAN BAHAN
1 Ekor Ikan Tenggiri
20 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
sedikit asam keping/ air asam jawa
100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau
1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh)
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih
sampai hancur. Titik kan serai
Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke
dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga ikan senangin. Jangan lupa
masukkan asam keping.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak
sehingga ikan masak boleh lah tutup kan api.
No comments:
Post a Comment