UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK
BAHAN BAHAN
300gm udang galah
20 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
sedikit asam keping/ air asam jawa
100ml santan pekat
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai
Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga udang Galah. Jangan lupa masukkan asam keping.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga udang Galah masak boleh lah tutup kan api.
No comments:
Post a Comment