UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK MERAH
BAHAN BAHAN
300gm Udang Galah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar - ikut suka hati jika mahu pedas
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula
PROSES PENYEDIAAN
Goreng Udang terlebih dahulu. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
Masukkan Udang Galah yang telah digoreng dan kacau dan angkat. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan. Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment