Wednesday, December 20, 2017

RESEPI KETAM MASAK KICAP

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae).

Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m.

RESEPI KETAM MASAK KICAP 

BAHAN BAHAN
3 ekor ketam (sila potong 2 kalau ketam tu besar)
2 biji bawang merah besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
7 batang cili padi - hiris
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2sb sos tiram
1sb sos cili
1sk gula
garam secukup rasa (hati-hati sebab sos tiram tu dah masin)
sedikit daun sup (hiris halus)

PROSES PENYEDIAAN
Gaul ketam dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng ketam sehingga ketam masak (sekadar masak, tak payah nak garing). Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga layu dan berbau wangi.

Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Gaul rata. Jika suka kuah agak cair dan banyak, sila tambah sedikit air. Tambah gula dan garam secukup rasa. Gaul seketika.


Masukkan ketam, gaul rata. Masukkan daun sup, kacau sekejap dan tutup api. Ketam Masak Kicap pedas dah siap.

No comments:

Post a Comment