Wednesday, December 20, 2017

RESEPI MAGGI KETAM

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae).

Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m.

RESEPI MAGGI KETAM
BAHAN BAHAN
1  ekor ketam
1 labu bawang besar
2  ulas bawang putih
1 Ulas BawangMerah
½ Buah Tomato
1 Biji Limau Nipis
1 Biji Telur ayam
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula tu ketam direbus dulu. Sambil tunggu ketam masak tu, boleh lee potong bawang besar dan bawang putih tu ketuk je dengan belakang pisau.

Ketam tadi direbus sehingga mendidih dan sampai masak isinya.

Bawang putih ditumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan air rebusan ketam dan ketam-ketam sekali ke dalam kuali. Apabila airnya dah mendidih masukkan perencah maggi ke dalam kuali.

Kemudian masukkan sebiji telur dan biarkan sehingga masakBiarkan ia mendidih lama sedikit... takut-takut ketam tu tak masak.


Kemudian boleh masukkan maggi dan tunggulah sehingga masak. Tapi ingat jangan terlalu lama kerana takut maggi menjadi terlalu lembik.

No comments:

Post a Comment