Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.
Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.
BAHAN BAHAN
2 mangkuk nasi
1 labu bawang besar }dihiris
3 ulas bawang putih }diketuk
4-5biji cili api }diketuk
6 ekor udang
Sedikut isi ayam
2 batang sawi
Sedikit kobis
Sedikit daun bawang
2 biji telur }untuk dibuat telur dadar
2 sudu sos tiram
sedikit serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. kemudian masukkan bawang besar dan cili api.
Masukkan isi ayam,udang dan sos tiram.biarkan seketika dan masukkan serbuk pati ayamdan garam secukup rasa. Masukkan sayuran, nasi dan gaul sehingga rata.
Pecahkan telur dan campurkan dengan sedikit garam.goreng dan letak di atas pinggan.
kemudian letakkan nasi yang telah siap digoreng di atas telur dadar tadi.taburkan dengan sedikit daun bawang.sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment