Friday, December 01, 2017

RESEPI SUP TULANG KURMA

SUP
Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldum

RESEPI SUP TULANG KURMA
BAHAN BAHAN( 5 orang )
• 1 kilo tulang lembu
• 1 biji bawang besar (dikisar)
• 4 ulang bawang putih (dikisar)
• 1 batang kayu manis
• 2 biji buah pelaga
• 2 biji bunga lawang
• 2 biji bunga cengkih
• 1 paket kecil rempah kurma
• 10 batang cili api
• Sedikit daun sup

PROSES PENYEDIAAN
Rebus tulang terlebih dahulu dengan air yang banyak sehingga empuk.

Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar,bawang putih, biji pelaga, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, dan rempah kurma sehingga naik bau.

Masukkan bahan-bahan tumis tadi ke dalam periuk berisi tulang rebus tadi.

Tambahkan cili api ke dalam periuk. (tambah tomato jika suka)

Tambahkan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing. Taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang dengan nasi. Siap

No comments:

Post a Comment