Tuesday, December 05, 2017

RESEPI SAMBAL GORENG UDANG

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL GORENG UDANG
BAHAN BAHAN
500 gram udang sederhana besar - dikupas kulit dan ditinggalkan bahagian ekornya
2 keping tempe - dipotong dan digorenng
2 biji kentang saiz besar - dipotong dan digoreng
4 keping tauhu - dipotong dan digoreng
secekak suhun - direndam dan ditoskan}
secekak fucuk - direndam, dipotong dan ditoskan} saya tambah sendiri

BAHAN-BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih

BAHAN DIMAYANG:
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
garam, gula dan perasa secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan-bahan yang dimayang hingga naik bau dan masukkan bahan-bahan kisar. Masak hingga pecah minyak dan naik bau.

Tambahkan dengan garam, gula dan perasa secukupnya mengikut citarasa masing-masing. Tambahkan dengan air asam jawa dan santan pekat. Kacau sebati.

Bila mendidih campuran tadi masukkan udang dan kacau lagi. Bila udang kelihatan hampir masak, masukkan bahan-bahan yang telah digoreng bersama suhun dan fucuk. Kacau rata. Biarkan mesra dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment