Tuesday, December 19, 2017

RESEPI SOTONG MASAK HALIA

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK HALIA

BAHAN BAHAN
400 gram sotong - Potong bulat
1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
1 cm halia – hiris halus
1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris
1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
½ cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis

PROSES MASAK
Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment