SOTONG
Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
RESEPI SOTONG MASAK BEREMPAH
BAHAN BAHAN
300gm sotong- bersihkan dan potong bulat
1 sudu besar rempah
kari
sedikit serbuk
kunyit
3 ulas bawang merah
dan 2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili
merah- hiris serong
1 tangkai daun
kari-lurut daunnya
1/2 labu bawang
besar, dihiris membujur
1 biji tomato-
dibelah 6
garam dan gula
secukup rasa
sedikit minyak
masak
PROSES MASAK
Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang merah,
bawang putih dan daun kari hingga wangi. Masukkan rempah kari dan kacau hingga terbit minyak.
Masukkan sotong,serbuk kunyit, cili merah, bawang
besar dan tomato. Kacau dan tutup periuk hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau hingga kuah pekat. Matikan api dan
sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment