SOTONG
Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
RESEPI SOTONG
MASAK PAPRIK
BAHAN
BAHAN
400 gm sotong-
bersihkan, cuci dan toskan
Kacang
panjang/bunga kobis/carrot/tomato - dipotong kecil
3 ulas bawang putih
- diketuk
1 ulas bawang besar
- dipotong baji
1/2 inci halia -
diketuk
1 batang serai -
diketuk
6 ulas cili padi -
diketuk
2 sudu besar sos
tiram
2 sudu besar sos
cili
1 sudu besar kicap
manis
1 sudu besar sos
ikan
3 helai daun limau
purut - dikoyak-koyak
Garam secukup rasa
(jika perlu)
1 sudu kecil tepung
jagung dibancuh dgn sedikit air
Satu cawan air
(jika suka berkuah)
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit
minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga
naik bau.Masukkan sotong dan gaul rata.
Masukkan semua sos
dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.Masukkan semua sayuran
kecuali tomato masuk lambat sikit.
Rasakan kuah, kalau
kurang masin je baru tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin). Masukkan
tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment