Monday, December 18, 2017

RESEPI UDANG GALAH MASAK PAPRIK

UDANG GALAH
Terdapat  lebih  daripada 100 spesis udang  air  tawar dari Genus Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh dijumpai  secara asli di  perairan  yang mempunyai hubungan  dengan  laut seperti sungai dan  juga di kawasan muara  sungai. Ia tidak terdapat di perairan yang  terkepung seperti tasik, lombong dan paya tetapi beberapa spesis  lain seperti  udang  gantung boleh dijumpai di  perairan  seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan  kawasan  air payau  untuk pembiakkan   seperti  Udang Galah tetapi  ada   sebahagian daripadanya seperti udang gantung yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang  jernih dan ada juga yang suka mendiami kawasan berair keruh seperti Udang Galah.

RESEPI UDANG GALAH MASAK PAPRIK


BAHAN BAHAN
400gm Udang Galah
1 Biji Bawang holland
3-4biji  Bawang merah
5 tangkai Cili Api
1 ulas Bawang Putih
2 tangkai Serai di  titik
5 helai Daun limau Purut
1sudu besar Sos cili
1 sudu besar  sos Tiram
1 sudu besar Kicap Manis
sayur sikit sprt kacang panjang, lobak merah , baby corn..
Garam


PROSES PENYEDIAAN
udang Galah dibersihkan dan  goreng separuh masak.

Tumis bawang merah,bawang putih dan masuk la cili api,serai dengan daun limau purut dan tak lupa bawang Holland hingga naik bauh dan pecah minyak. letak la sos cili,sos tiram dan kicap


Masukkan udang yang dgoreng tadi dan  Letak sayuran. letak garam sikit . tutup api dan siap

No comments:

Post a Comment