UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK PAPRIK
BAHAN BAHAN
400gm Udang Galah
1 Biji Bawang holland
3-4biji Bawang merah
5 tangkai Cili Api
1 ulas Bawang Putih
2 tangkai Serai di titik
5 helai Daun limau Purut
1sudu besar Sos cili
1 sudu besar sos Tiram
1 sudu besar Kicap Manis
sayur sikit sprt kacang panjang, lobak merah ,
baby corn..
Garam
PROSES PENYEDIAAN
udang Galah dibersihkan dan goreng separuh masak.
Tumis bawang merah,bawang putih dan masuk la
cili api,serai dengan daun limau purut dan tak lupa bawang Holland hingga naik
bauh dan pecah minyak. letak la sos cili,sos tiram dan kicap
Masukkan udang yang dgoreng tadi dan Letak sayuran. letak garam sikit . tutup api dan
siap
No comments:
Post a Comment