UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK PEDAS
BAHAN BAHAN
400gm Udang Galah saiz besar
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 biji Cili Hijau
15 Biji Cili Padi
15 Biji Cili Padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
PROSES MASAK
Lumurkan Udang Galah dengan campuran garam dan kunyit tadi hingga rata. Goreng Udang tadi, tapi jangan garing sangat,. Angkat dan toskan.
Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan udang goreng dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment