Sunday, December 17, 2017

RESEPI UDANG GALAH MASAK PEDAS

UDANG GALAH
Terdapat  lebih  daripada 100 spesis udang  air  tawar dari Genus Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh dijumpai  secara asli di  perairan  yang mempunyai hubungan  dengan  laut seperti sungai dan  juga di kawasan muara  sungai. Ia tidak terdapat di perairan yang  terkepung seperti tasik, lombong dan paya tetapi beberapa spesis  lain seperti  udang  gantung boleh dijumpai di  perairan  seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan  kawasan  air payau  untuk pembiakkan   seperti  Udang Galah tetapi  ada   sebahagian daripadanya seperti udang gantung yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang  jernih dan ada juga yang suka mendiami kawasan berair keruh seperti Udang Galah.

RESEPI  UDANG GALAH MASAK PEDAS

BAHAN BAHAN
400gm Udang Galah saiz besar
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 biji Cili Hijau
15 Biji Cili Padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


PROSES MASAK
Lumurkan Udang Galah  dengan campuran garam dan kunyit tadi hingga rata. Goreng Udang tadi, tapi jangan garing sangat,. Angkat dan toskan.

Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.


Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan udang goreng dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.  boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment