SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut
dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang
satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
RESEPI SOTONG PERCIK SUMBAT
BAHAN BAHAN
500gm kg sotong
1 biji lobak merah
2 biji kentang ~ saiz besar
2 batang serai
2 keping asam
1 keping gula melaka
3 s/b gula putih
1 cawan santan pekat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
BAHAN KISAR
30 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
PROSES MASAK
Rebus kentang sampai lembut dan
selepas tu di lenyek. lobak merah didadu dan di gaul bersama. Sumbat dalam
sotong dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan
kisar sehingga wangi.masukkan santan, serai, asam keping, gula merah, gula
putih, garam dan kacau sebati dan masak sampai kuah agak agak pekat.
Kemudian masukkan sotong dan kacau
sebati dan masak sampai sotong masak.siap.boleh diangkat
No comments:
Post a Comment