Friday, January 12, 2018

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Siput sedut atau juga dikenali sebagai Belitung , siput mata merah merupakan sejenis Kerang-kerangan siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Nama sainsnya adalah Cerithidea obtusa
BAHAN A (DIKISAR)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 11 tangkai cili api (boleh ditambah sekiranya mahu lebih pedas)
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia        

BAHAN B
  • 1 kg siput sedut
  • (dicuci dahulu kemudian dibuang ekor)
  • 3 tangkai serai (dititik)
  • ½ biji labu (saiz kecil)
  • 1 kilo santan pekat
  • sedikit minyak
  • garam
  • serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
  • Tumiskan kesemua bahan-bahan A yang telah dikisar bersama sehingga garing dan naik baunya. 
  • Setelah garing masukkan separuh santan, labu yang telah dipotong dadu, siput sedut, serai, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
  • Apabila labu sudah empuk masukkan santan yang selebihnya dan kacau sehingga mendidih sedikit (jangan sampai pecah minyak) dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment