Siput sedut atau juga
dikenali sebagai Belitung , siput mata merah merupakan sejenis Kerang-kerangan
siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar
tani. Nama sainsnya adalah Cerithidea obtusa
BAHAN A (DIKISAR)
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 11 tangkai cili api (boleh ditambah sekiranya mahu lebih pedas)
- 2 sudu makan ketumbar
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
BAHAN B
- 1 kg siput sedut
- (dicuci dahulu kemudian dibuang ekor)
- 3 tangkai serai (dititik)
- ½ biji labu (saiz kecil)
- 1 kilo santan pekat
- sedikit minyak
- garam
- serbuk perasa
PROSES PENYEDIAAN
- Tumiskan kesemua bahan-bahan A yang telah dikisar bersama sehingga garing dan naik baunya.
- Setelah garing masukkan separuh santan, labu yang telah dipotong dadu, siput sedut, serai, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
- Apabila labu sudah empuk masukkan santan yang selebihnya dan kacau sehingga mendidih sedikit (jangan sampai pecah minyak) dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment