Bawang besar atau bawang Bombay (dikenali sebagai bawang Bombay
kerana bawang jenis ini telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari
Bombay, India ke serata Asia) ialah sejenis sayuran bebawang yang telah wujud
dan telah ditanam di Mesir semenjak 2,700 tahun dulu dan merupakan tanaman
makanan penting yang digunakan kini. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari
kawasan Asia Barat dan Asia Tengah dan kini telah di usahakan di seluruh dunia.
RESEPI
ONION RING
BAHAN BAHAN
2 labu bawang besar
(yellow onion)
1 cawan buttermilk
3/4 cawan tepung
1 sudu kecil serbuk
cili
Minyak
Serbuk lada hitam
Garam
Serbuk perasa
PROSES
PENYEDIAAN
Kupas bawang dan
hiris bulat-bulat tidak terlalu tebal dalam setengah inci. Pisah-pisahkan
setiap bulatan. Buang selaput nipis di antara setiap bulatan tersebut.
Panaskan minyak. Cukup untuk deep
fry
Campurkan tepung, serbuk cili,
serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Tuang sedikit demi sedikit
butermilk dan adunkan dengan sebatian tepung, sehingga likat. Tidak terlalu
cair dan tidak terlalu pekat.
Salutkan bawang satu persatu dan
goreng deep fry dengan api yg sederhana tinggi (kalau tak nanti soggy dan
berminyak).
Angkat apabila sudah garing dan
toskan. Hidang dengan sos dan mayonese.
No comments:
Post a Comment