Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara
khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi
kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
RESEPI
SATAY IKAN THAI
BAHAN BAHAN
250 gm isi ikan selayang (mentah)– dikisar lumat
100gm tepung ubi
kayu/ tepung kanji
1/2 biji bawang besar
- dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk
perasa
1 sudu kecil soda
bikarbonat
PROSES PENYEDIAAN
Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam
dan soda bikarbonat
Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
penyet2 sikit lepas bulat.
Panaskan minyak dan goreng sekejap. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.
p/s: kalau adunan terlalu
lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
BAHAN UNTUK SOS MANIS DAN
PEDAS
Cili kering
secukupnya - kisar lumat
4 ulas bawang putih –
dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar
tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
atau secukupnya
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
lada burung
secukupnya - utk sos pedas shj
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang putih
dalam periuk. (Tanpa minyak) Masukkan air.
Masukkan gula, garam, serbuk
perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna
pink. Kacau.
Masukkan tepung kanji yang telah
dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
Biarkan sejuk dan sedia untuk
dihidang. Untuk jadikan sos pedas,tambahkan lada burung dalam masakan diatas.
No comments:
Post a Comment