Bendi, kacang lendir atau kacang bendir
merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di
negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini
dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor,
Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johorsahaja seluas 390 hektar di tanam
pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di
daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun.
Bendi banyak terjual di pasar-pasar
termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini
termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus,
tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus
RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
10 batang bendi – potong serong
200g cawan isi ayam - yang dipotong
kiub
sebungkus fish ball - dibelah dua
1-2 biji cili merah - hiris
serong
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam
DITUMBUK HALUS
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bawang merah,
bawang putih, udang kering dan cili.
Goreng sebentar dan masukkan cili kisar,
kacau - kacau 3 - 5 minit.
Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi
hingga ayam masak sedikit.
Masukkan kicap, fish ball dan juga
sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa.
Masukkan garam dan sedikit
air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.
No comments:
Post a Comment