Udang ialah sejenis
haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata.
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya
dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang
udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata
yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam.
UDANG
NENAS ALA THAI
400 g udang galah
1 cawan kiub nenas dalam tin
1/2 cawan sirap nenas - dari dalam tin tadi
1 genggam daun selasih
1-2 biji bawang besar, hiris bulat
1-2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 inci belacan
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili thai
1 camca teh sos ikan
Brokoli secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Udang galah disiang,
buang kotoran dibahagian kepalanya, cuci kembali, gaul dengan sedikit kunyit
serbuk dan garam hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan
toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali .
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu
Masukkan belacan dan tumis hingga harum .
tuang cili kisar, gaul rata dan tumis hingga cili garing.
Masukkan sos cili thai, jus nenas dan sos ikan, kacau rata.
Masukkan udang dan nenas, gaul hingga rata dan masak hingga pekat.
Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
Siap untuk dihidang bersama nasi panas
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali
Masukkan belacan dan tumis hingga harum
Masukkan sos cili thai, jus nenas dan sos ikan, kacau rata.
Masukkan udang dan nenas, gaul hingga rata dan masak hingga pekat.
Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
Siap untuk dihidang bersama nasi panas
No comments:
Post a Comment