Wednesday, November 08, 2017

RESEPI KETAM MASAK KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI KETAM MASAK KARI


BAHAN-BAHAN 
1 kg ketam  Bakau
Santan secukupnya
4 sudu besar serbuk kari
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai  - di ketuk
2 keping asam keping
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 biji buah tomato dan 1 biji lada hijau(di potong)
minyak masak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Ketam di siang dan di bersihkan. Serai di ketuk.

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.

Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan pula bahan bahan  yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari yg di bancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan pula ketam.

Kacau sehingga mendidih dan masukkan belahan tomato dan potongan lada hijau. Kacau lagi sehingga masak.

Setelah cukup rasa matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment