Monday, November 06, 2017

RESEPI PUYUH MASAK SAMBAL

BURUNG PUYUH
Burung Puyuh adalah sekumpulan burung yang bertubuh kecil tanpa ekor dari famili Phasianidae atau Odontophoridae. Burung Puyuh memiliki sayap namun tidak pandai terbang seperti burung pada umumnya. Anatara ciri burung ini adalah termasuk pemakan biji-bijian, memiliki bulu yang loreng, dan lubang hidung berada di pangkal paruh.

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.


RESEPI PUYUH MASAK SAMBAL
 
sekadar Hiasan


BAHAN-BAHAN:
o  2- 3  ekor burung puyuh
o  1 biji tomato - dipotong dadu
o  5 helai daun limau purut
o  2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
o  sedikit sos tomato dan sos cili
o  serbuk kunyit untuk menggoreng
o  Garam dan gula secukup rasa
o  sedikit minyak untuk menggoreng

BAHAN DIHIRIS
o   1 biji bawang bombay
o   2 ulas bawang putih
o   5 tangkai cili hijau/cili besar
o   2 biji cili padi

CARA MENYEDIAKAN

Gaulkan daging burung puyuh, kunyit serbuk dan garam secukupnya.

Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging burung puyuh tadi hingga masak. Ketepikan.

Selepas itu panaskan sedikit minyak sekali lagi, tumis bawang besar/bawang bombay dan bawang putih sehingga berbau harum.

Kemudian masukkan cili merah, cili api, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.

Masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat.

No comments:

Post a Comment