Acar adalah sejenis hidangan Malaysia
yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau
buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar
yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar
biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi
minyak atau nasi beriani.
Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh
masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi
kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.
BAHAN BAHAN
Sebiji timun-dipotong
Sebiji lobak-dipotong
Sebiji bawang besar-dimayang
nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong
kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya
PROSES MASAK
Gaulkan semua bahan sehingga cukup
mesra .
No comments:
Post a Comment