Masaklemak ialah sejenis masakan Melayu
yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah
ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia,
Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan
masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi
penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan
gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat,
bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN BAHAN
1
kilo ikan keli salai
4
cawan santan pekat
3
batang serai-dititk
1-2
keping asam keping
BAHAN KISAR
10
biji cili api
4
cm kunyit hidup
garam
secukup rasa
PROSES MASAK
Satukan
santan pekat dengan semua bahan tumbuk, asam keping serta serai ke dalam periuk
dan masak kuah sampai kuah hampir mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah
lemak
Kemudian
masukkan ikan salai , garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih.
Bila
ikan keli menjadi lembut dan dah masak boleh la ditutup api dapur.
|
No comments:
Post a Comment