CENCARU
Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad)[1] merupakan sejenis ikan
karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai
Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya
antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter
dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai
komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.
RESEPI ASAM REBUS IKAN CENCARU
BAHAN BAHAN
1 kg ikan cencaru (buang jeket)
1 ikat daun kesum
2 sudu besar cili kering yg telah dikisar
1 inci halia diketuk
3 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
10 biji kacang bendi
1 biji tomato
2 keping asam keping
garam, gula dan serbuk perasa secukup
rasa
PROSES MASAK
tumbuk bawang putih, bawang merah dan
belacan didihkan air didalam periuk.. masukkan bahan yg telah ditumbuk dan
diketuk.
Masukkan juga cili kering yang telah
dikisar bila air telah mendidih masukkan
asam keping dan ikan masukkan pula gula. garam dan serbuk perasa.juga daun
kesum.
Bila ikan agak agak separuh masak masukkan kacang bendi dan akhir
sekali masukkan tomato yg telah dibelah empat.sedia untuk dihidang..
No comments:
Post a Comment