Wednesday, November 29, 2017

RESEPI ASAM REBUS IKAN CENCARU

CENCARU
Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad)[1] merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

RESEPI ASAM REBUS IKAN CENCARU
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1 kg ikan cencaru (buang jeket)
1 ikat daun kesum
2 sudu besar cili kering yg telah dikisar
1 inci halia diketuk
3 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
10 biji kacang bendi
1 biji tomato
2 keping asam keping
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

PROSES MASAK
tumbuk bawang putih, bawang merah dan belacan didihkan air didalam periuk.. masukkan bahan yg telah ditumbuk dan diketuk.

Masukkan juga cili kering yang telah dikisar  bila air telah mendidih masukkan asam keping dan ikan masukkan pula gula. garam dan serbuk perasa.juga daun kesum.


Bila ikan agak agak  separuh masak masukkan kacang bendi dan akhir sekali masukkan tomato yg telah dibelah empat.sedia untuk dihidang..

No comments:

Post a Comment