KERISIK
Kerisik ialah sejenis rempah yang dibuat daripada kelapa. Kelapa yang
diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga
lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli
dari kedai-kedai runcit. Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional
seperti rendang dan laksa; penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat
Melayu di Malaysia dan Singapura.
RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH BERKERISIK
BAHAN BAHAN
500gm ekor ayam sederhana - dipotong
ikut suka dan dicuci bersih
1 sudu makan biji lada hitam
(ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis atau
secukupnya
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis,
cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu makan kerisik
BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
PROSES MASAK
Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng
tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama
1/2 jam.
Sediakan minyak masak untuk menumis.
Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili
giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat dan kacau
sebati. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata.
Masukkan air secukupnya. Kacau dan
biarkan ia mendidih seketika.
Masukkan pula kicap manis, garam,
gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya
kelihatan pekat, tutupkan api.
Hidangkan panas-panas bersama nasi
putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment