Tuesday, November 28, 2017

RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM

SOS TIRAM
Sos tiram memerihalkan beberapa sos dibuat dengan tiram masakan. Yang paling biasa digunakan ialah perasa moden berwarna perang gelap likat diperbuat daripada gula, garam dan air dipekatkan dengan tepung jagung, berperisa dengan sedikit intipati atau ekstrak tiram. Beberapa jenis sos tiram mungkin menjadi gelap dengan karamel, walaupun sos tiram berkualiti tinggi secara semula jadinya sudahpun gelap. Ia biasanya digunakan dalam masakan Kantonis, Thai, Vietnam dan Khmer.

RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM  

BAHAN BAHAN
500gm  ayam yang di potong kecil
1 paket cendawan shitake
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili benggala hijau
1 bii bawang holland di hiris kasar
4 sudu sos tiram atau lebih sikit (Ikut suka)

BAHAN MENUMIS
1 biji bawang besar di hiris
4 biji bawang putih di cincang

PROSES MASAK
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis kan bahan menumis, bawang besar dan bawang putih.

Bila bawang dah wangi, masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak. Masukkan sos tiram, cendawan, cili benggala.  Gaul rata.

Tambah sedikit air kalau nak berkuah. Bila dah cukup sempurna masak, boleh matikan api dan hidang.


No comments:

Post a Comment