Tuesday, November 28, 2017

RESEPI KARI DAGING KAMBING

KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

RESEPI KARI DAGING KAMBING

BAHAN BAHAN
1 kilo isi daging kambing
3 Biji ubi kentang di belah 4
1 Biji tomato di potong dadu
4 sudu rempah kari kambing
1 sudu makan asam jawa digaul dengan secawan air

BAHAN DIKISAR
5 Biji bawang putih
5 Biji bawang kecil rose
1 inci halia

BAHAN DI TUMIS
5 Biji bawang putih di hiris
1 Biji bawang besar di hiris
1 inci halia di hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

PROSES MASAK
Perapkan isi daging kambing tadi bersama rempah kari, bahan kisar, tomato yang didadu dan juga ubi kentang.  Gaul rata dan biarkan sebentar.

Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak. Tumis kan bahan yang ditumis sehingga wangi.

Masuk kan isi daging kambing  tadi dan masak sehingga rempah kari pecah minyak. Bila rempah kari dah pecah minyak, masuk kan air sehingga isi daging tenggelam.


Masukkan juga air asam jawa dan masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.  Bila daging dan ubi kentang dah empuk masuk garam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment