SOS TIRAM
Sos tiram memerihalkan beberapa sos dibuat dengan tiram masakan. Yang
paling biasa digunakan ialah perasa moden berwarna perang gelap likat diperbuat
daripada gula, garam dan air dipekatkan dengan tepung jagung, berperisa dengan
sedikit intipati atau ekstrak tiram. Beberapa jenis sos tiram mungkin menjadi
gelap dengan karamel, walaupun sos tiram berkualiti tinggi secara semula jadinya
sudahpun gelap. Ia biasanya digunakan dalam masakan Kantonis, Thai, Vietnam dan
Khmer.
RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM
BAHAN BAHAN
500gm ayam yang di potong kecil
1 paket cendawan shitake
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili benggala hijau
1 bii bawang holland di hiris kasar
4 sudu sos tiram atau lebih sikit
(Ikut suka)
BAHAN MENUMIS
1 biji bawang besar di hiris
4 biji bawang putih di cincang
PROSES MASAK
Panaskan kuali dan masukkan minyak
masak. Tumis kan bahan menumis, bawang besar dan bawang putih.
Bila bawang dah wangi, masukkan ayam
dan biarkan sehingga ayam masak. Masukkan sos tiram, cendawan, cili
benggala. Gaul rata.
Tambah sedikit air kalau nak berkuah.
Bila dah cukup sempurna masak, boleh matikan api dan hidang.
No comments:
Post a Comment