Wednesday, November 29, 2017

RESEPI DAGING GORENG

GORENG
Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang SEDIKIT dikatakan digoreng secara tohor.

Goreng penuh ialah menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau garam panas.

RESEPI DAGING GORENG
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
300 g daging potong kecik..ela suka lebar n nipis
1 labu bwg besar, hiris
3 tangkai cili merah, potong serong
garam
serbuk kunyit

PROSES MASAK
Gaul daging ngan garan kunyi. Panaskan kuali, terus letak daging.biar sehingga kering semua airnya


Masukkan minyak, goreng hingga sedikit garing. masukkan bawang dan  cili merah. kacau rata.siap.

No comments:

Post a Comment