GORENG
Goreng ialah satu
proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir.
Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit
untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga
matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit
lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan
hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul
dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang SEDIKIT dikatakan digoreng secara
tohor.
Goreng penuh ialah
menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang
disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng
celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam
goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan
pasir panas atau garam panas.
RESEPI PERUT DAGING
GORENG
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
perut yang g telah
digaramkan semalaman
bawang besar hiris
cili padi/ cili
kering/ cili besar yg telah dimesin
cili besar hiris
PROSES
MASAK
Masukkan perut bersama
dgn air dan tenggelam perut tu dalam periuk. rebus hingga lembut, bila kering
air, masukkan minyak dan goreng hingga sedikit garing
Masukkan cili mesin
tadi, goreng garing dan gaulkan bersama perut. Masukkan bawang dan cili
hiring.gaul sekata.kalau nak masuk perisa pun boleh
No comments:
Post a Comment