Wednesday, November 29, 2017

RESEPI DAGING KICAP KACANG PANJANG

KICAP
Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.

RESEPI DAGING KICAP KACANG PANJANG
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
400gm Daging - dipotong nipis (dibersih dan toskan kemudian gaulkan dgn garam kunyit)
200gm kacang panjang -dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dihiris menyerong
kicap
minyak untuk menumis

PROSES MASAK
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih. Masukkan daging. Kacau rata. Masak sehingga daging masak.

Masukkan kacang panjang, cili merah, bawang besar dan kicap. Kacau rata. Dah siap. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment