Wednesday, November 29, 2017

RESEPI KACANG PANJANG GORENG DENGAN SOTONG

KACANG PANJANG
Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan sayur atau ulam. Ia tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok tersebut. Ia mudah didapati di kawasan panas di Asia.

RESEPI KACANG PANJANG GORENG DENGAN SOTONG


BAHAN BAHAN
Sotong - banyaknya ikut suka (bersihkan dan toskan)
Kacang panjang-dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
sedikit kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

PROSES MASAK
Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih. Masukkan sotong, kunyit serbuk dan garam. Kacau rata.


Apabila sotong dah hampir masak, masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dan kicap. Kacau rata. Bila dah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment