MASAK LEMAK
Masaklemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi
nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun
Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa
dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak
lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga
jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan
serta air dalam masakan.
RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK
BAHAN BAHAN
1/2 kilo daging batang pinang yang di
hiris nipis
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 asam keping
2 batang serai di titik
1 helai daun kunyit
1 biji santan pekat.
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji buah keras
1 batang serai
PROSES MASAK
Daging tadi di salai atas api
sehingga kekeringan airnya. Cili api dan kunyit hidup di tumbuk sehingga lumat
halus.
Masukkan ke dalam periuk bersama
sedikit air dan juga daging salai tadi.
Masak kan sehingga daging hampir
lembut, Masukkan serai, asam keping, kentang dan masak sehingga kentang dan
daging empuk.
Masukkan santan pekat serta garam dan
biarkan mendidih. Sentiasa kacau supaya
tak pecah minyak.
Matikan api dan boleh di hidang kan.
No comments:
Post a Comment