KUNYIT
Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan
dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi
warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal
di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat
pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga
kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT
BAHAN BAHAN
500gm kilo sotong di hiris kasar.
6 biji cili api di belah dua
1 biji bawang holland di hiris
kasar
3 helai daun ketumbar
1 batang serai
2 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk Lada hitam
PROSES MASAK
Sotong yang telah di bersihkan di
hiris kasar, kemudian di gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit.Panaskan kuali
dan masukkan sedikit minyak masak.
Masukkan sotong dan goreng sehingga
masak. Masukkan bawang holland, serai
cili dan juga sos tiram. Gaul rata
kesemua bahan.
Masukkan garam secukup rasa dan akhir
sekali taburkan serbuk lada hitam.
Matikan api.
No comments:
Post a Comment