REMPAH
Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu
manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga
digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan
bakteria.
Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan,
ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
RESEPI DAGING TUMBUK BEREMPAH
BAHAN BAHAN
400 g daging (direbus bersama garam
sehingga empuk)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 sudu makan sos tomato
1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
1/3 cawan susu cair
1 sudu makan kicap pekat
kicap manis secukupnya
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
sedikit garam dan gula
1 batang kulit kayu manis
BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
PROSES MASAK
Daging yang sudah direbus hendaklah
dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama
kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula.
Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam
kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian
masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, susu cair dan daun
pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.
Setelah kuahnya pekat atau daging
sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.
Hidangkan.
No comments:
Post a Comment